Wednesday, 8 April 2015

Marriage

Salam,

Hari ini kira-kira dah 1 tahun 8 bulan saya bergelar seorang isteri. 

Bagi saya, kehidupan rumah tangga penuh manisnya. Alhamdulillah. Tapi kadang-kala ada pahitnya juga. Oops, pahit sekejap je. Bergaduh itu adalah asam garam. Tapi sebagai seorang isteri, tidak dinafikan kadang kala emosi tu terlebih. 

Dan, lelaki mestilah pandai, bijak dalam memutarkan kata-kata agar hati seorang isteri tidak terasa emosi. 


kadang-kala nak ketawa pun ada bila baca Rules for Happy Marriage. Betul jugak kalau difikirkan. Banyak kali bila gaduh, kita cepat sangat melatah. Dua-dua on fire, ultraman lah jadiknya.

Patutlah org ckp kahwin ni bukan benda yang boleh dianggap mudah dan senang. Tapi manisnya bila kita benar-benar sabar, memang ada in shaa Allah.

Suami dan Isteri masing-masing ada peranannya. Dan semuanya kembali pada Allah s.w.t. Sebagaimana perkahwinan itu disatukan dengan izinNya, kita harus sentiasa meminta dariNya agar perkahwinan kita sentiasa terjaga dan dilindungi dari anasir kurang baik.


Dalam Al-Quran, surah Yassin, Allah ada menyebut bahawa Allah ciptakan kita berpasang-pasangan. 

Dan, saya harap saya dan pasangan sentiasa berbahagia sampai ke syurga. Ameen. 

Dan kuncinya adalah keredhaan dariNya dan juga kesabaran. Hehe. 

To end this write up, semoga doa di bawah menjadi amalan harian kita ye sama2 dan semoga perkahwinan kita semua sentiasa dalam lindunganNya. 



Wasalam, 

KF