Sunday 16 February 2014

Doa

Bismillah

Pernahkah anda merasa sangat sukar meluahkan perasaan?
Pernahkah anda merasa sangat sukar berbicara dengan orang lain?
Merasakan seolah-olah satu dunia melawan anda?
Merasakan perasaan sedih teramat sangat?

Atau

Pernahkah anda merasa gembira teramat sangat sehinggakan merasakan tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan gembira tersebut?

Atau

Merasa takut
Merasakan kalaulah anda mempunyai satu kebolehan luar biasa untuk mengatasi segala perkara jahat di luar jangkaan anda?

Maka,

Berdoalah. Bersujudlah padaNya kerana tiada yang lebih memahami selain yang Maha Mengetahui, tiada yang lebih melindungi selain yang Maha Kuasa, tiada yang lebih cintakan anda selain yang Maha Pengasih.

Berdoalah seolah-olah anda meluahkan segala isi hati anda.

Berdoalah seolah-olah berbicara denganNya

"Wahai Tuhan yang mebolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ke atas agama-Mu serta dalam mentaatiMu"

Amin

With love,
Khodijah Rom





No comments:

Post a Comment